Martir sekular Martir

Kebudayaan Cina

Kemartiran dipupuk secara meluas oleh Tongmenghui, maka dalam parti Kuomintang di negara China moden, para pejuang revolusi yang terkorban kerana berjuang menentang dinasti Qing dalam Revolusi 1911 dan melanjutkan perjuangan revolusi sepanjang zaman Republik China, turut diiktiraf sebagai martir.

Martir Kesatuan Sekerja

Di Dorset, England pada abad ke-19, wujudnya sekumpulan buruh pertanian Tolpuddle Martyrs yang ditahan dan dihukum kerana mengangkat sumpah rahsia sebagai ahli-ahli Friendly Society of Agricultural Labourers (Persatuan Sahabat Pekerja Pertanian). Peraturan-peraturan persatuan menunjukkan bahawa ia terang-terangan distrukturkan sebagai persatuan sahabat yang bertujuan menawarkan khidmat insurans, pencen, simpanan atau perbankan usahasama; maka ia beroperasi sebagai persatuan faedah bersama khusus perdagangan. Akan tetapi, persatuan-persatuan sahabat ketika itu kuat dengan anasir-anasir yang kini membentuk peranan utama kesatuan sekerja, dan isu wang upah diketengahkan. Para Tolpuddle Martyrs dihukum buang negeri ke Australia.[18]